Selasa, 29 Mac 2016

Penggunaan Kata Adjektif Darjah Penghabisan


Penggunaan Kata Adjektif Darjah Penghabisan
1. se- + kata adjektif + gandaan + kata nama

Contoh ayat: Secerdik-cerdik kancil, cerdik lagi Sang Buaya.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

2. yang+ ter- + kata adjektif

Contoh ayat:
Gunung Kinabalu ialah gunung yang tertinggi di Asia Tenggara.
Pulau yang tercantik di Malaysia ialah Pulau Tioman.

3. paling + kata adjektif

Contoh ayat:
Kawasan itu ialah kawasan yang paling mewah di Kuala Lumpur.
Kereta yang dipandunya itu ialah kereta yang paling laju di dunia.

4. kata adjektif + sekali

Contoh ayat:
Bangunan pejabatnya tinggi sekali.
Rumahnya cantik sekali.

5. ter- + amat/sangat + kata adjektif

Contoh ayat:
Peralatan muzik yang digunakan oleh kumpulan pemuzik itu merupakan peralatan yang teramat canggih.
Anak kecil itu tersangat pandai menyanyi lagu P. Ramlee.

6. amat/sungguh/sangat + kata adjektif + sekali

Contoh ayat:
Susunan jambangan bunga itu amat cantik sekali.
Pemandangan dari atas bukit itu sungguh indah sekali.
Makanan di kedai itu sangat sedap sekali.




Kesalahan Penggunaan Kata Adjektif Perbandingan
1. Kata adjektif berimbuhan ter- tidak boleh disertai kata penguat seperti paling, sekali. Tidak perlu menambah kata penguat untuk menguatkan kata adjektif yang menggunakan imbuhan ter-. Kata adjektif berimbuhan ter- sedia menyatakan maksud darjah tertinggi.

Contoh:
Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang sekali di Malaysia. (SALAH)
Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang di Malaysia.(BETUL)

Gunung yang tertinggi sekali di Malaysia ialah Gunung Kinabalu.(SALAH)
Gunung yang tertinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu.(BETUL)

Pelajar yang terpandai sekali itu ialah anak guru sekolah. (SALAH)
Pelajar yang paling pandai sekali itu ialah anak guru sekolah. (SALAH)
Pelajar yang terpaling pandai itu ialah anak guru sekolah. (SALAH)
Pelajar yang paling terpandai itu ialah anak guru sekolah.(SALAH)

Pelajar yang terpandai itu ialah anak pensyarah universiti. (BETUL)

Pulau yang paling terbesar di Malaysia ialah Pulau Pinang. (SALAH)
Pulau yang terbesar di Malaysia ialah Pulau Pinang.(BETUL)



2.


Kata adjektif berimbuhan ter- boleh berfungsi sebagai penerang tetapi tidak boleh berfungsi sebagai predikat ayat.

Contoh:
Motosikal itu terlaju.(SALAH)
Motosikal itu paling laju.(BETUL)

Jalan itu terpanjang.(SALAH)
Jalan itu sangat panjang. (BETUL)