Selasa, 26 Julai 2016

Kata pemeri

Kata pemeri ialah kata yang berfungsi sebagai pemerihal atau perangkai antara subjek dan frasa-frasa utama dalam predikat.

Ada dua bentuk kata pemeri iaitu:

1. Ialah
Digunakan sebelum frasa nama.
(ialah + Frasa Nama + Frasa Nama).
 
2. Adalah
Digunakan sebelum frasa adjektif dan frasa sendi nama.
(adalah + Frasa Adjektif dan Frasa Nama + Frasa Sendi Nama)

Nota:

1).Kata pemeri 'ialah' boleh digunakan seperti berikut:

(ialah + bahawa)
(ialah + yang)
(ialah + frasa nama)

2). Kata pemeri 'adalah' tidak boleh diikuti kata kerja.

(adalah + Kata Kerja) = SALAH

3). Kata pemeri 'ialah' dan 'adalah' tidak boleh digunakan bersama kata nafi 'bukan'.

(ialah/adalah + bukan) = SALAH

4). Kata pemeri 'adalah' boleh digunakan bersama kata nafi 'tidak'.

(adalah + tidak)