Jumaat, 29 April 2016

Kata Seru

Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menyatakan atau menggambarkan perasaan seseorang seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, benci, kagum dan kecewa.

Contoh:

Aduh    : Menyatakan perasaan sakit.
Aduhai : Menyatakan perasaan sedih atau dukacita
Ah        : Menyatakan penolakan/tidak bersetuju/bantahan
Amboi  : Menyatakan perasaan kagum/hairan.
Cis/Cih : Menyatakan perasaan marah, mengejek, menyindir.
Eh        : Menyatakan perasaan hairan/terkejut.
Hai       :Menyatakan perasaan menegur/menyapa, menarik perhatian seseorang.
Nah      : Menarik perhatian/menyatakan persetujuan.
Wah      : Menyatakan perasaan kagum/takjub.
Wahai   : Menyatakan perasaan dukacita atau ingin mendapat perhatian.
Syabas/bagus : Menyatakan rasa gembira/puas hati.
Hai       : Menarik perhatian.
Oh        : Menyatakan rasa hairan, terkejut atau kagum.
Au        : Menyatakan perasaan sakit.

Nota:

1. Semua ayat seruan diakhiri dengan tanda seru '!'.
2. Tanda seru '!' mesti diletakkan di hujung ayat seruan dan bukannya selepas kata seru.
3. Gunakan kata seru yang betul untuk menggambarkan perasaan yang dinyatakan.

Contoh ayat:

Wah ! cantiknya baju awak. (SALAH)
Wah ! Cantiknya baju awak. (SALAH)
Wah, cantiknya baju awak! (BETUL)

Isnin, 11 April 2016

Kata Penegas

Kata penegas ialah sejumlah perkataan yang memberi penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.

Ada dua jenis kata penegas iaitu:

1. Kata penegas berbentuk partikel.
 
Kata penegas jenis ini menegaskan maksud perkataan yang bercantum dengannya dan berada di hadapan frasa.

2. Kata penegas berbentuk akar.
 
Kata penegas jenis ini menekankan subjek atau predikat dan bebas berada pada mana-mana bahagian ayat sama ada dalam subjek atau predikat.


 

Jumaat, 1 April 2016

Kata Adjektif

Kata adjektif ialah:

1. Kata yang menerangkan keadaan atau sifat atau ciri-ciri bagi sesuatu kata nama atau frasa nama.

2. Kata yang menerangkan atau menunjukkan sifat benda, orang, tempat atau idea.

3. Kata adjektif digunakan selepas kata nama.(Contoh: kereta merah (betul))

4. Kata adjektif tidak boleh digunakan sebelum kata nama.(Contoh: merah kereta(salah))

5. Kata adjektif boleh menerima kata penguat seperti sangat, amat, terlalu, benar, betul,sungguh, paling dan sekali.

6. Kata adjektif boleh diberi imbuhan ter- dan se- bagi menunjukkan perbandingan sifatnya.(Contoh: kereta besar, kereta terbesar, kereta sebesar).

* (Kata Nama + Kata Adjektif)

Hal yang perlu diketahui berkenaan kata adjektif:

1. Golongan kata adjektif

2. Bentuk kata adjektif

3. Jenis dan makna kata adjektif

4. Darjah perbandingan


Kata Tugas

Kata Tugas adalah perkataan yang bersifat pelbagai jenis, iaitu ia tidak boleh menjadi unsur utama dalam frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Kata tugas hanya mempunyai tugas tatabahasa seperti penerang, penghubung, pemeri, penegas, penguat dan sebagainya.

Kata tugas terbahagi kepada 17 jenis seperti berikut:

1. Kata hubung.
2. Kata seru.
3. Kata tanya.
4. Kata perintah.
5. Kata pangkal ayat.
6. Kata bantu.
7. Kata penguat.
8. Kata penegas.
9. Kata nafi.
10. Kata pemeri.
11. Kata sendi nama.
12. Kata pembenar.
13. Kata arah.
14. Kata bilangan.
15. Kata adverba.
16. Kata penekan.
17. Kata pembenda.

Kata kerja

Kata kerja ialah kata yang menyatakan keadaan melakukan sesuatu atau menyatakan makna perbuatan.

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata kerja terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu:

1. Kata kerja aktif
2. Kata kerja pasif.

Kata kerja dalam setiap kumpulan utama ini terbahagi kepada dua jenis iaitu:

1. Kata kerja tak transitif
2. Kata kerja transitif.

Jenis dan Makna Kata Adjektif - Bahagian II

Kata adjektif boleh juga dibeza-bezakan mengikut maknanya. Menurut Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga) ada 9 jenis makna kata adjektif iaitu:

1. Kata adjektif sifatan atau keadaan.
2. Kata adjektif warna.
3. Kata adjektif ukuran.
4. Kata adjektif bentuk.
5. Kata adjektif jarak.
6. Kata adjektif waktu.
7. Kata adjektif perasaan.
8. Kata adjektif cara.
9. Kata adjektif pancaindera.