Ahad, 27 Mac 2016

Bentuk Kata Adjektif

Kata adjektif boleh terdiri daripada bentuk-bentuk berikut:

1. Kata adjektif akar/tunggal.
2. Kata adjektif terbitan.
3. Kata adjektif ganda.
4. Kata adjektif majmuk/berangkap. 

 

Golongan Kata Adjektif

Frasa adjektif boleh terdiri daripada kata adjektif sahaja atau kata adjektif bersama golongan kata lain seperti:

1. Kata bantu aspek seperti sudah, telah, pernah, belum, sedang, akan, masih dll.

2. Kata bantu ragam seperti mahu, hendak, enggan dll.

3. Kata penguat seperti amat, sungguh, sangat, terlalu, terlampau, berapa,dll.

4. Kata penegas seperti juga, sekali, lagi, benar.

Sabtu, 26 Mac 2016