| Huruf Kecil |
Contoh |
| 1. Kata nama am tempat, jalan dsb |
sungai, parti, jalan, barat |
| 2. Huruf pertama perkataan yang berasal daripada nama betul |
kemelayuan, keinggerisan, kearaban |
| 3. Kecilkan huruf perkataan yang berasal daripada nama khas
tetapi tidak lagi bergantung padanya dari segi makna |
rojak singapura, laksa penang, baju melayu, mi bandung, asam
jawa, kain batik jawa |
| 4. Kata sendi atau kata hubung yang disebut dalam sesuatu
tajuk/judul buku, cerita, karangan |
Buku Panduan Umum dan Tatabahasa,
Panduan Revisi untuk Sukses |
| 5. Nama am bangsa mengikut warna kulit |
orang putih, orang hitam, bangsa kulit putih |
| 6. Rujukan secara am kepada rumah ibadat |
Beberapa buah gereja Roman Katolik terbakar. |
| 7. Hakim - rujukan am |
Beliau dilantik menjadi hakim peraduan fotografi. |
| 8. Jabatan akademik – kecilkan huruf pertama kata nama atau
kata sifat. |
jabatan sejarah,
jabatan agama Islam,
jabatan kesusasteraan Melayu
|
| 8. Perkataan kerajaan |
kerajaan negeri,
kerajaan persekutuan,
kerajaan Malaysia |
| 9. Nama am musim kecuali digunakan dalam nama khas |
musim panas,
musim bunga,
musim tengkujuh |
| 10. Perundangan – kecilkan dalam penggunaan umum |
Semua dewan perundangan negeri meluluskan pindaan itu. |
| 11. Politik - kecilkan apabila merujuk kepada falsafah politik
sahaja. |
fahaman komunis, fahaman sosialis |
| 12. Abad – kecilkan perkataan abad kecuali pada permulaan
ayat. |
abad ke-16, abad ke-21 |
| 13. Zaman – kecilkan dalam penggunaan umum |
era Marcos, zaman Victoria, kejatuhan Rom, Greek lama, |