Isnin, 25 Julai 2016

Kata Bantu

Kata bantu membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Kata bantu hadir sebelum frasa.

Kata bantu boleh digandingkan. Rujuk gandingan kata bantu.

1. Gandingan Kata Bantu Aspek
2. Gandingan Kata Bantu Ragam.
3. Gandingan Kata Bantu Aspek dan Kata Bantu Ragam.

Berikut dua jenis kata bantu:


KESALAHAN penggunaan kata bantu:

1. Kata bantu boleh tidak boleh digunakan untuk menggantikan kata bantu dapat.

Kata bantu boleh lebih sesuai untuk maksud memberi izin.
Kata bantu dapat lebih sesuai untuk maksud keupayaan/kemampuan.

Ayat contoh:
Jerubu boleh diatasi jika pembakaran terbuka dihentikan.(SALAH)
Jerebu dapat diatasi sekiranya pembakaran terbuka dihentikan. (BETUL)

2. Kata bantu hendak tidak sesuai digunakan dalam ayat tanya. Kata bantu mahu lebih sesuai digunakan dalam ayat tanya.

Kata bantu hendak bermaksud berniat untuk melakukan sesuatu.
Kata bantu mahu bermaksud keinginan yang timbul kerana adanya ajakan atau pelawaan.

Ayat contoh:
Hendakkah kamu ikut saya?(SALAH)
Mahukah kamu ikut saya?(BETUL)

3. Kata bantu mesti diletakkan sebelum kata kerja/frasa kerja.

Ayat contoh:
Lili menulis masih bukunya.(SALAH)
Lili masih menulis bukunya.(BETUL)