Memaparkan catatan dengan label Gandingan Kata Bantu Ragam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gandingan Kata Bantu Ragam. Papar semua catatan

Isnin, 25 Julai 2016

Gandingan Kata Bantu Ragam & Kata Bantu Aspek

Kata Bantu Ragam & Kata Bantu Aspek boleh bergandingan.

(Kata Bantu Ragam+ Kata Bantu Aspek)
atau 
(Kata Bantu Aspek + Kata Bantu Ragam)

1). Gandingan Kata Bantu Ragam+ Kata Bantu Aspek:

harus telah
Ayat contoh:
Cuaca yang cerah tadi harus telah mulai gelap sekarang.

harus sudah
Ayat contoh:
Gunung berapi itu harus sudah mengeluarkan laharnya.

mesti sudah
Ayat contoh:
Lina mesti sudah pergi sekolah sekarang.

mesti akan
Ayat contoh:
Encik Kadir mesti akan marah jika dia mengetahui hal itu.

mesti telah
Ayat contoh:
Pak Abu mesti sudah balik kampung sekarang.

2). Gandingan Kata Bantu Aspek + Kata Bantu Ragam

sedang hendak
Ayat contoh:
Zin diserang sakit jantung ketika sedang hendak memandu kereta.

belum hendak
Ayat contoh:
Bayi itu belum hendak minum susu lagi.

akan dapat
Ayat contoh:
Kejayaan akan dapat diperoleh seandainya ada kesungguhan.

masih dapat
Ayat contoh:
Ayah masih dapat duduk walaupun badannya agak lemah.

belum boleh
Ayat contoh:
Lina belum boleh memandu kerana dia masih bawah umur.

Kata Bantu

Kata bantu membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Kata bantu hadir sebelum frasa.

Kata bantu boleh digandingkan. Rujuk gandingan kata bantu.

1. Gandingan Kata Bantu Aspek
2. Gandingan Kata Bantu Ragam.
3. Gandingan Kata Bantu Aspek dan Kata Bantu Ragam.

Berikut dua jenis kata bantu:


KESALAHAN penggunaan kata bantu:

1. Kata bantu boleh tidak boleh digunakan untuk menggantikan kata bantu dapat.

Kata bantu boleh lebih sesuai untuk maksud memberi izin.
Kata bantu dapat lebih sesuai untuk maksud keupayaan/kemampuan.

Ayat contoh:
Jerubu boleh diatasi jika pembakaran terbuka dihentikan.(SALAH)
Jerebu dapat diatasi sekiranya pembakaran terbuka dihentikan. (BETUL)

2. Kata bantu hendak tidak sesuai digunakan dalam ayat tanya. Kata bantu mahu lebih sesuai digunakan dalam ayat tanya.

Kata bantu hendak bermaksud berniat untuk melakukan sesuatu.
Kata bantu mahu bermaksud keinginan yang timbul kerana adanya ajakan atau pelawaan.

Ayat contoh:
Hendakkah kamu ikut saya?(SALAH)
Mahukah kamu ikut saya?(BETUL)

3. Kata bantu mesti diletakkan sebelum kata kerja/frasa kerja.

Ayat contoh:
Lili menulis masih bukunya.(SALAH)
Lili masih menulis bukunya.(BETUL)