Memaparkan catatan dengan label Kata Adjektif. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kata Adjektif. Papar semua catatan

Jumaat, 1 April 2016

Kata Adjektif

Kata adjektif ialah:

1. Kata yang menerangkan keadaan atau sifat atau ciri-ciri bagi sesuatu kata nama atau frasa nama.

2. Kata yang menerangkan atau menunjukkan sifat benda, orang, tempat atau idea.

3. Kata adjektif digunakan selepas kata nama.(Contoh: kereta merah (betul))

4. Kata adjektif tidak boleh digunakan sebelum kata nama.(Contoh: merah kereta(salah))

5. Kata adjektif boleh menerima kata penguat seperti sangat, amat, terlalu, benar, betul,sungguh, paling dan sekali.

6. Kata adjektif boleh diberi imbuhan ter- dan se- bagi menunjukkan perbandingan sifatnya.(Contoh: kereta besar, kereta terbesar, kereta sebesar).

* (Kata Nama + Kata Adjektif)

Hal yang perlu diketahui berkenaan kata adjektif:

1. Golongan kata adjektif

2. Bentuk kata adjektif

3. Jenis dan makna kata adjektif

4. Darjah perbandingan


Jenis dan Makna Kata Adjektif - Bahagian II

Kata adjektif boleh juga dibeza-bezakan mengikut maknanya. Menurut Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga) ada 9 jenis makna kata adjektif iaitu:

1. Kata adjektif sifatan atau keadaan.
2. Kata adjektif warna.
3. Kata adjektif ukuran.
4. Kata adjektif bentuk.
5. Kata adjektif jarak.
6. Kata adjektif waktu.
7. Kata adjektif perasaan.
8. Kata adjektif cara.
9. Kata adjektif pancaindera.