Isnin, 25 Julai 2016

Kata Adverba

Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi masa, cara dan tempat.

Kata Sendi Nama

Kata sendi nama ialah perkataan yang hadir sebelum kata nama atau frasa nama.

Kata sendi nama berfungsi merangkaikan kata nama atau frasa nama itu.

(Kata Sendi Nama + Kata Nama/Frasa Nama)

Berikut senarai kata sendi nama.
Sila klik pautan pada setiap kata sendi nama ini untuk maklumat lanjut:

di
ke
pada
daripada
dari
kepada
akan
antara
dengan
hingga
sebagai
sejak
selama
selain
sepanjang
seperti/umpama
tentang/terhadap
oleh
bagi/untuk
demi
laksana
dalam
sampai

 


Kata Penguat

Kata penguat ialah kata yang digunakan untuk menguatkan maksud sesuatu kata adjektif.

Kata penguat boleh hadir :
1. Di depan kata adjektif. 
(Kata Penguat + Kata Adjektif)
 
2. Di belakang kata adjektif.
(Kata Adjektif + Kata Penguat) 

3. Di kedua-dua bahagian kata tersebut. 
(Kata Adjektif + Kata Penguat) atau (Kata Penguat + Kata Adjektif)

Berikut tiga jenis kata penguat:

Gandingan Kata Bantu Ragam & Kata Bantu Aspek

Kata Bantu Ragam & Kata Bantu Aspek boleh bergandingan.

(Kata Bantu Ragam+ Kata Bantu Aspek)
atau 
(Kata Bantu Aspek + Kata Bantu Ragam)

1). Gandingan Kata Bantu Ragam+ Kata Bantu Aspek:

harus telah
Ayat contoh:
Cuaca yang cerah tadi harus telah mulai gelap sekarang.

harus sudah
Ayat contoh:
Gunung berapi itu harus sudah mengeluarkan laharnya.

mesti sudah
Ayat contoh:
Lina mesti sudah pergi sekolah sekarang.

mesti akan
Ayat contoh:
Encik Kadir mesti akan marah jika dia mengetahui hal itu.

mesti telah
Ayat contoh:
Pak Abu mesti sudah balik kampung sekarang.

2). Gandingan Kata Bantu Aspek + Kata Bantu Ragam

sedang hendak
Ayat contoh:
Zin diserang sakit jantung ketika sedang hendak memandu kereta.

belum hendak
Ayat contoh:
Bayi itu belum hendak minum susu lagi.

akan dapat
Ayat contoh:
Kejayaan akan dapat diperoleh seandainya ada kesungguhan.

masih dapat
Ayat contoh:
Ayah masih dapat duduk walaupun badannya agak lemah.

belum boleh
Ayat contoh:
Lina belum boleh memandu kerana dia masih bawah umur.

Bentuk Gandingan Kata Bantu Ragam

Kata Bantu Ragam

1. Kata bantu ragam tertentu boleh bergandingan antara satu sama lain.

(Kata Bantu Ragam+ Kata Bantu Ragam)

Bentuk Gandingan:

harus mahu
Ayat contoh:
Lim harus mahu ke Dubai kalau ditemani isterinya.

harus dapat
Ayat contoh:
Serpihan kapal terbang itu harus dapat dicari jika cuaca baik.

mesti mahu
Ayat contoh:
Dia mesti mahu ke kolej setelah tamat sekolah.

mesti dapat
Ayat contoh:

Bandar itu mesti dapat dibangunkan jika penduduknya bersatu padu.

patut dapat
Ayat contoh:
Din patut dapat memujuk isterinya kembali ke rumah.

patut boleh
Ayat contoh
Lia patut boleh pergi ke luar negara kerana ibu telah mengizinkannya.

mungkin boleh
Ayat contoh:
Kalau diizinkan majikannya, dia mungkin boleh pergi umrah lagi.

mungkin dapat
Ayat contoh:
Pakar haiwan itu mungkin dapat menjinakkan beruang yang garang itu.





Bentuk Gandingan Kata Bantu Aspek

Kata Bantu Aspek:

1. Kata bantu aspek tertentu boleh bergandingan antara satu sama lain.

(Kata Bantu Aspek + Kata Bantu Aspek)

Bentuk gandingan:

belum pernah
Ayat contoh:
Salma yang buta sejak lahir belum pernah ke sekolah.

masih belum
Ayat contoh:
Laila masih belum menyiapkan kerja sekolahnya.

sudah pernah
Ayat contoh:
Lori itu sudah pernah ditahan kerana terlebih muatan.

masih sedang
Ayat contoh:
Samy Vellu masih sedang dalam perjalanan ke majlis perasmian itu.

telah pernah
Ayat contoh:
Syarikat itu telah pernah memecat pekerjanya kerana memberi rasuah.

baru sudah
Ayat contoh
Ai Lin baru sudah membuat persembahan tarian dalam pertandingan itu.

sudah mula
Ayat contoh
Tina sudah mula bosan tinggal di rumah setiap hari.