Jumaat, 2 Oktober 2015
Penggunaan Huruf Besar - Kata Nama Khas(I)
HURUF BESAR Contoh 1. Nama tuhan, orang, negeri dan jenama atau model kereta Al-Rahman, Al-Rahim, Honda City, Siti Nurhaliza, Negeri Sembilan 2. Kata nama am yang menjadi sebahagian nama tempat,orang, benda Sungai Pahang, Bank Negara, Jalan Segambut, 3. Nama khas yang berulang Parti-Parti PKR, Jalan-Jalan P.Ramlee 4. Nama tempat dan peristiwa yang popular Dataran Merdeka, Hari Kemerdekaan 5. Tajuk untuk buku, berita, karangan atau penulisan kecuali kata hubung atau kata sendi yang ada dalam tajuk itu Bahasa Melayu Tingkatan Satu,
Letupan Bom di Siam,
Masalah Disiplin Remaja.6. Nama buku, surat khabar, filem, drama, sajak, opera, lagu,program radio dan televisyen, hasil seni Berita Harian,
Hantu Kak Limah,
Bunga Popi,
Majalah 37. Nama bangsa dan bahasa Melayu, Inggeris, Belanda, Cina, Iban, Mandarin, Tamil 8. Nama bangunan Menara Maybank,
Bangunan AIA,
Putrajaya International Convention Centre9. Nama rasmi pertubuhan atau agensi, syarikat, institusi Biro Pengaduan Awam,
Biro Bantuan Guaman,
Persatuan Cina Muslim,
Gereja St. Mary,
Masjid Putra.
Syarikat Telekom Malaysia Bhd
Universiti Putra Malaysia10. Bulan kalendar, hari, tahun dan peristiwa Jun, Julai, Ogos,April
Isnin, Khamis
Muharam,
Tahun Gajah,
Hari Pahlawan
Hari Raya Aidil Fitri,
Perang dunia Kedua11. Nama bintang/cakerawala Libra, Aries, Mars
Galaksi Milky Way12. Nama gunung Gunung Kinabalu, Gunung Everest 13. Nama kitab Quran,Taurat, Injil 14. Nama zaman dalam bidang antropologi, geologi, sejarah Zaman Pra-Sejarah,
Zaman Perindustrian,
Zaman Kesultanan Melaka15. Nama pasukan tentera Angkatan Tentera Darat Diraja Malaysia,
Angkatan Bersenjata Republik Indonesia
Sila rujuk Penggunaan Huruf Besar -Kata Nama Khas (II) & Penggunaan Huruf Besar - Kata Nama Khas (III)
Bukan dan Tidak
Bukan
- Bererti sebenarnya tidak, berlainan daripada yang sebenarnya.
- Kata bukan tidak boleh digunakan untuk frasa adjektif atau frasa kerja yang menjadi predikat ayat.
Tidak
- Digunakan untuk menyatakan bukan, untuk menafikan, menolak, menghalang dsb.
- Kata tidak pula tidak boleh digunakan untuk frasa nama yang menjadi predikat ayat.
Contoh:
Anak bongsu Puan Marina tidak jurutera.(TIDAK TEPAT)
Anak bongsu Puan Marina bukan jurutera.(TEPAT)
Budak itu tidak bodoh tetapi malas.(TIDAK TEPAT)
Budak itu bukan bodoh tetapi malas.(TEPAT)
Rahmat bukan bermain bola di padang.(TIDAK TEPAT)
Rahmat tidak bermain bola di padang.(TEPAT)
Baju itu bukan cantik.(TIDAK TEPAT)
Baju itu tidak cantik.(TEPAT)

Golong dan Gulung
Golong
- Membahagi-bahagikan/mengasingkan ke dalam beberapa kumpulan(untuk manusia,kaum,puak dsb).
Gulung
- Benda yang berlembar-lembar(seperti tikar/kertas/karpet) yang dilipat begitu rupa hingga berbentuk bulat memanjang.
Contoh:
Gulungan siswazah digalakkan menambah ilmu kemahiran mereka.(TIDAK TEPAT)
Golongan siswazah digalakkan menambah ilmu kemahiran mereka.(TEPAT)
Mak Timah menyimpan golongan permaidani itu di dalam setor.(TIDAK TEPAT)
Mak Timah menyimpan gulungan permaidani itu di dalam setor.(TEPAT)

Pendapat dan Pendapatan
Pendapat
- Buah fikiran atau pandangan
Pendapatan
- Hasil pencarian atau gaji atau upah.
Contoh:
Pada pendapatan tuan, adakah strategi bisnes mereka berjaya?(TIDAK TEPAT)
Pada pendapat tuan, adakah strategi bisnes mereka berjaya?(TEPAT)
Pendapat tahunan syarikat itu semakin bertambah.(TIDAK TEPAT)
Pendapatan tahunan syarikat itu semakin bertambah.(TEPAT)

Mengindahkan dan Mengendahkan
Mengindahkan
- Menjadikan sesuatu tempat itu indah atau mencantikkan.
Mengendahkan
- Peduli atau memberi perhatian kepada sesuatu hal.
Contoh:
Penduduk kampung itu sibuk mengendahkan kawasan rumah mereka.(TIDAK TEPAT)
Penduduk kampung itu sibuk mengindahkan kawasan rumah mereka.(TEPAT)
Nur tidak mengindahkan amaran gurunya.(TIDAK TEPAT)
Nur tidak mengendahkan amaran gurunya.(TEPAT)

Langgan:
Catatan (Atom)