Memaparkan catatan dengan label Kata Pangkal Ayat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kata Pangkal Ayat. Papar semua catatan

Rabu, 4 Mei 2016

Kata Pangkal Ayat

Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat. Perkataan ini biasa digunakan dalam bahasa Melayu lama/klasik.

Contoh:

Hatta        : ...hingga/maka.
Maka        : ...seterusnya.
Syahadan : ...adapun setelah itu.
Adapun     : ...sebenarnya.
Kalakian   : ...seterusnya.
Sebermula: ...setelah itu.
Alkisah     : ...kemudian cerita seterusnya.
Arakian    : ...akhirnya.

Contoh ayat: (dipetik daripada Tatabahasa Dewan Edisi ketiga)

Hatta istana itu pun siaplah.
Maka panglima itu pun diberi persalinan.
Syahadan baginda pun berangkatlah meninggalkan Melaka.
Adapun kuda itu dipunyai oleh Tun Omar.
Alkisah tidak beberapa lama kemudian hamillah permaisuri.
Kalakian berlakulah permusuhan antara kedua-dua kerajaan.
Sebermula berburulah baginda bersama-sama hulubalangnya
Arakian bersemayamlah baginda di istana baru.

Jumaat, 1 April 2016

Kata Tugas

Kata Tugas adalah perkataan yang bersifat pelbagai jenis, iaitu ia tidak boleh menjadi unsur utama dalam frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Kata tugas hanya mempunyai tugas tatabahasa seperti penerang, penghubung, pemeri, penegas, penguat dan sebagainya.

Kata tugas terbahagi kepada 17 jenis seperti berikut:

1. Kata hubung.
2. Kata seru.
3. Kata tanya.
4. Kata perintah.
5. Kata pangkal ayat.
6. Kata bantu.
7. Kata penguat.
8. Kata penegas.
9. Kata nafi.
10. Kata pemeri.
11. Kata sendi nama.
12. Kata pembenar.
13. Kata arah.
14. Kata bilangan.
15. Kata adverba.
16. Kata penekan.
17. Kata pembenda.