Keterangan:
Kata hubung yang digunakan secara berpasangan dalam satu ayat.
Kata hubung yang digunakan secara berpasangan dalam satu ayat.
Kata Hubung
|
Contoh Ayat
|
adakah...atau | Adakah wajar atau munasabah tuntutan pendatang asing itu? |
apakah...atau | Apakah dia menang atau kalah, tidak diketahui nasibnya? |
bagaimana...begitulah | Bagaimana muzik begitulah lagunya. |
baik...atau | Baik yang biru atau yang merah, harganya serupa. |
baik...mahupun | Baik yang menang mahupun yang kalah, kedua-duanya tidak mahu bertolak ansur. |
biar...jangan | Biar putih tulang jangan putih mata |
bukan sahaja...bahkan juga | Menteri negara itu bukan sahaja bermulut celopar bahkan juga zalim terhadap rakyatnya. |
bukan sahaja...tetapi juga | Pegawai wanita itu bukan sahaja garang tetapi juga cerewet. |
daripada...lebih baik | Daripada membaca buku sepanjang hari lebih baik saya pergi bersenam. |
entah...entah | Entah betul entah tidak. |
jangankan...pun | Jangankan masih hidup, mati pun saya tuntut juga. |
kian...kian | Kian hari kian tua. |
sama ada...atau | Sama ada yang hitam atau yang putih, isinya sama sahaja. |
sedangkan...inikan pula | Sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula suami isteri. |
semakin...semakin makin...makin |
Semakin hari semakin bertambah teruk penyakitnya. |
sungguhpun...tetapi sungguhpun...namun |
Sungguhpun dia miskin tetapi dia tidak kedekut. |